23.3.11

Mencari Hikmah Dan Kekuatan

Allah menciptakan manusia dengan pelbagai bentuk keadaan dan rupa. Juga keadaan senang dan kesusahan yang dihadapi oleh manusia juga itu berbeza. Setiap kali kesusahan yang diterima, bandingkanlah diri kita dengan orang lain.Dan saya pasti, kita akan menangis apabila pada waktu itu, kita sedar ada orang yang lebih susah dari kita, walaupun kita sudah menangis terlebih dahulu mengenang nasib diri. Kita akan berfikir, mengapa diriku menghadapi ujian sebegini. Padahal diri kita yang sebenarnya kurang sabar dengan sedikit ujian yang Allah berikan.

Kaki lemah. Hati hancur. Perasaan kecewa setiap kali masalah yang datang bertalu. Seolah-olah orang lain tidak faham dengan keadaan kita kerana terus memberi tekanan , seolah-olah mereka tidak ada perasaan. Padahal merekan bukan sebegitu. Kerana pada hal yang sebenarnya, diri kita akan mudah berburuk sangka apabila, hati dan akal penuh dengan emosi dan fikiran yang bercelaru.

Ibarat kita mencurahkan air hitam ke dalam sungai yang jernih, air hitam itu lama-lama kan pergi mengalir laju terus. Dan air yang jernih itu akan terus mengalir dan mengalir. Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan . Kerana dugaan itu datangnya dari Dia. Dan Dia juga lah akan menghilangkan. Cuma berbalik pada kita bagaimana kita mencari penyelesaiannya.

.............................

Doa....

“Aku sudah penat berdoa. Tapi tak juga Allah makbulkan. Aku tak percaya pada pertolongan Allah. Allah tak adil. “ Nauzubillah. Sering kita lihat orang yang tidak berakidah bercakap sebegini. Mereka berputus asa daripada pertolongan dari Allah.

“...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu: dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak mengatahui.”
(surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Setiap apa permasalahan yang berlaku, cari lah ketenangan dengan mencari setiap hikmah dari ujian tersebut. Pasti dirimu akan menangis melihat kekerdilan diri.

Dan petikan blog seseorang yang saya ambil, telah mengubat hati saya..

“...Apabila Allah telah menyintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata:wahai tuhanku, sampaikan hajat hambaMu itu. Allah menjawab: usah campuri urusan hambaKu itu. sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata: wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu. Tidak kamu seru melainkan sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu....”

(sabda Rasulullah saw)

Allah Maha Penyayang, Maha Mengingati dan Maha Mengasihani setiap hambaNya. Sepertimana sayang dan kasihnya kita kepada seseorang sehingga menimbulka rindu untuk berhubung dan bermesra dengannya, begitulah halnya juga dengan Allah.
Allah menyeru dan memaggil kita untuk menghampiriNya dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan, supaya dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan,supaya dengan itu kita akan kembali kepadaNya untuk berdoa, mengadu dan meluahkan masalah hidup kita.

Allahlah yang menurunkan bala bencana dan Allah jugalah yang mengangkat bala bencana itu daripada kita.
Apabila kita lupa padaNya, Allah pun menurunkan bala tersebut adan apabila kita mengingatinya, Allah akan mengangkat dan menukar bala itu menjadi suatu rahmat untuk kita.

Begitu sayang Allah pada kita. Kerana sering memberi peringatan kepada kita tidak kira dengan cara turunkan ujian atau kegembiraan. Cuma kita yang tidak tahu menilainya. Nasihat buat diri, berbaik sangkalah apa yang Allah sudah aturkan pada mu. Kita milik Allah selamanya. Allah berhak menentukan setiap apa yang terbaik buat ciptaanNya. Semoga Allah memberkahi perjalanan hidup kita. Aminnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan