31.3.12

Mencari Sesuatu Yang Lebih Baik

Tanya pd sesiapa saja, pasti semua orang mahu yang terbaik dalam hidup. Begitu juga dengan saya.

Seorang rakan kerja berbangsa Cina memberitahu kepada saya, bahawa seorang ustaz telah berkata kepadanya bahawa jika sesorang itu lebih buruk daripada semalam dia tergolong dlm klangan org yg celaka, jika hr ini sama seperti semalam , dia tergolong dlm kalangan org yg rugi dan jika hri ini lebih baik daripada semalam, dia adalah org yang beruntung. Nasihat ini selalu sy dengar, tetapi saya selalu lupa. Dan bila rakan Cina ini memberitahu saya semula, hati saya mula tersentap . Kerana apa, saya mula sedar, selama ini saya lalai. Saya lalai dan lupa untuk menjadi orng yang lebih baik daripada semalam. Dan perit nye hati saya memikirkan jika selama ini saya tergolong dalam kalangan orng yang rugi. Malah takut sekali sy tergolong dlm kalangan orang yang celaka.

"kenapa miss aini, pakai baju besar-besar, long-long shirt punya, ini t-shirt mcm saya u tak suka pakai ka?.." tanya salah seorang pekerja Nepal kepada saya sewaktu saya mula2 kerja dimana saya kerja sekarang.. Saya tersenyum dan menjawab, bahawa bukan saya tak suka pakai baju t-shirt biasa yang kita lihat sekarang, malah saya lagi suka baju muslimah yang labuh sedikit daripada biasa, kerana saya berasa sangat selesa dan selamat.

Tapi lama2 saya bimbang kerana diri diuji dengan suasana yang bermacam2.. adakh jawapan saya itu tadi kan terus kekal sama kekal dengan kemahuan hati saya..

Selama 11 bulan saya melalui fasa kehidupan baru ini, Jujur dihati saya.. saya lihat banyak perubahan yang sudah berlaku kepada saya, mungkin sukar untuk di cerita.. tapi saya perlu mengakui saya lupa saya sebenrnya siapa.. saya lupa tugas sebenar saya. saya lupa peranan saya.. saya lupa tanggungjawab saya siapa..

Jadi, saya mohon kepada sesiapa yang masih lagi setia membaca blog saya ini, dan sedar kan perubahan saya, mohon sedia membantu saya, supaya saya tidak terus leka dn lalai dengn DUNIA saya sendiri..