25.5.10

Belum lagi bedah mayat manusia



Teruja apabila pertama kali Doktor mengajak turun ke bilik post mortem untuk sesi post mortem buaya. Teruja sebab tidak pernah tengok binatang kena bedah. Kalau ayam atau ikan kena bedah, biasa juga. Itupun sebab nak masukkan nya dalam kuali. Episod pertama nya teruja, episod kedua bila bau yang kurang enak datang menjengah, kaki jadi lemah dan longlai. Hari dan minggu berikutnya pula disusuli dengan binatang seterusnya. Ditampilkan dengan harimau, ostrich , rusa. Perasaan teruja masih lagi ada. Walaupun hati tahu busuk apa yang akan menimpa . Kadang-kadang terdetik sama ada sesi makan tengah hari berjaya dilaksanakn atau tidak. Dan kami disusuli dengan pula dengan ayam kampung. Mungkin sudah biasa bau isi perut dan segala organ ayam. Dan episod seterusnya, akhirnya kami di ketemukan juga dengan binatang yang sudah tentu Allah haramkannya. Sesi post mortem dengan anjing,akhirnya sahabat ku hilang selera makannya. Walaupun diri tidak begitu terkesan dengan bau organ dalaman bangkai binatang, dan tambahan pula kalau sudah sesi membuka usus nya, memang menusuk lah bau.

<

Tapi hati terdetik, bagaimana pula dengan post mortem mayat manusia. Tentu sekali semangat Doktor perlu tinggi menghadapinya..tambahan pula jika Allah sudah menurunkan azab hamba yang tidak beriman itu sewaktu dia meninggal dunia dan pada masa itu juga Allah turunkan azab pada mayatnya dengan bermacam bentuk rupa.Seperti kita lihat drama di kaca televsyen, perutnya biru, keluarnya ulat, darahnya banyak..dan macam-macam lagi.Bagaimana tabahnya hati Doktor yang menjalankan sesi post mortem pelbagai bentuk dan rupa mayat manusia..MasyaAllah..bukankah mayat manusia adalah bangkai yang paling terbusuk sekali..??
Dan dihati terlintas, semoga jasad ini apabila bertemu Mu Ya Allah, kau permudahkanlah urusan jenazahku..jangan kau biarkan jasadku nanti yang tidak bernyawa membuat orang lain gusar dan lemah untuk mendekatinya Ya Allah..jauhkanlah azab sebelum dan selepas ku mati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan