18.4.12

Lama-lama nanti petik jari jer....

Saya betul-betul tertekan.. rasa mahu menangis sebaik keluar dari bilik meeting tadi..
Badan penat. Kepala sakit.. Hati panas.. Perut lapar.. Terasa sesak dada ni.. Apa yang saya pikir sekarang
1)mahu resign
2) Guna semua cuti tahunan yang ada, dan tinggalkan beban yang ada di bahu dn kepala.
Tapi... kedua2 tindakan ini x kan menyelesaikan masalah yang ada. Kenapa? Sebab.. first, kalau saya resign pun, saya akan tetap jumpa benda yang sama di tempat kerja baru.. melainkan kalau saya duduk rumah goyang kaki sahaja. Second, kalau saya ambil cuti sekalipun, bila saya datang semula kerja, lagi masalah bertambah banyak dan bertimbun di atas meja.. sekarang pun dah serabut..
Jadinya.. keputusan saya.. terima jelah hari-hari keadaan begini.. HADAPI MASALAH DAN SELESAIKANNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN.. insya Allah... Allah is always by your side..

"lama-lama nanti petik jari jer" . ayat emas ini saya dengar dari SUPERIOR saya sewaktu saya menyertai Jawatankuasa Kolej Mahasiswa di UTM pada tahun 2008. Sewaktu itu saya masih lagi pelajar tahun satu dan sudah di beri jawatan Bendahari dlm organisasi sebesar itu. Organisasi ini boleh dikatakan running 10 hingga 15 program dalam setiap sesi. Dan saya seperti budak hingusan sewaktu itu, terasa sesak dada apabila terpaksa hari-hari menghadiri meeting sehingga lewat malam untuk memastikan setiap program dan kebajikan kolej berjalan lancar. Dan sewaktu saya menghadiri kem pemantapan bagi organisasi ini yang di handle oleh SUPERIOR.. antara ayat yang tak pernah saya lupa ialah.. " Kamu ini, first time running program ,then pegang jwtn jd pengarah, meeting nak handle lagi, pastu nak pikir kuliah, assingment, exam lagi, silap hari bulan pointer boleh jatuh.. memang masa tu pikir dunia nak terbalik dah.. tapi, jika kamu hadapi perlhan2, dan belajar time managment.. dan hadapi berkali2.. selepas tu kamu akan jdi tegar dah.. bagi lah banyak mana program sekalipun pun nak handle.. lama-lama kamu rasa macam petik jari jer ..

Dalam masa tiga minggu ni.. hampir setiap hari saya mengadu pada semua orang termasuk budak nepal-nepal yang ada di tempat kerja bahawa saya sudah penat, kepala sudah sakit. dan hampir setiap hari mereka dan nepal-nepal ni juga menegur saya.."ayoo aini, hari-hari pergi meeting, meeting apa?minta gaji naik ka?' dan ada juga ckp.. " habislah kau, tinggal tulang je naik turun departmant, pusing kilang, keluar masuk ofis. berkejar sana-sini.. sambil menambah.."aku takut aini ni nangis je kak " dan ada juga hairan.. " apa pasal you OT.. tak mahu blik rumah ka.. kerja sampai mati pun tak habis lah.. duit banyak pun apa mau buat" .. panas juga hati saya ni bila si Nepal tu cakap macam tu.. dalam hati sempat saya balas .. bising jer budak ni.. bukan dia tahu kerja aku bertimbun nih..

Lama-lama kakak di tempat kerja saya pun berkata "Dugaan buat kamu lah aini, kamu replace tempat orang, tapi makin banyak masalah datang. Xpelah dik.. kita belajar.. nanti kamu akan biasa. lama-lama nanti kamu petik jari jer nak handle".

huh. ada sedikit ketenangan dalam hati saya dengar kata kakak itu tadi..
walau sekarang saya rasa tak cukup tangan nk buat kerja, x cukup kaki untuk berlari kesana kemari, x cukup space otak nak fikir dan x cukup ruang hati untuk sabar, tapi saya berharap lama-lama akan timbul di hati saya, "Alhamdulillah, ini senang je ni.. macam petik jari jer" amin.. mudah-mudahan..ini semua kerja Allah s.w.t untuk memudahkan setiap urusan hambNya..

31.3.12

Mencari Sesuatu Yang Lebih Baik

Tanya pd sesiapa saja, pasti semua orang mahu yang terbaik dalam hidup. Begitu juga dengan saya.

Seorang rakan kerja berbangsa Cina memberitahu kepada saya, bahawa seorang ustaz telah berkata kepadanya bahawa jika sesorang itu lebih buruk daripada semalam dia tergolong dlm klangan org yg celaka, jika hr ini sama seperti semalam , dia tergolong dlm kalangan org yg rugi dan jika hri ini lebih baik daripada semalam, dia adalah org yang beruntung. Nasihat ini selalu sy dengar, tetapi saya selalu lupa. Dan bila rakan Cina ini memberitahu saya semula, hati saya mula tersentap . Kerana apa, saya mula sedar, selama ini saya lalai. Saya lalai dan lupa untuk menjadi orng yang lebih baik daripada semalam. Dan perit nye hati saya memikirkan jika selama ini saya tergolong dalam kalangan orng yang rugi. Malah takut sekali sy tergolong dlm kalangan orang yang celaka.

"kenapa miss aini, pakai baju besar-besar, long-long shirt punya, ini t-shirt mcm saya u tak suka pakai ka?.." tanya salah seorang pekerja Nepal kepada saya sewaktu saya mula2 kerja dimana saya kerja sekarang.. Saya tersenyum dan menjawab, bahawa bukan saya tak suka pakai baju t-shirt biasa yang kita lihat sekarang, malah saya lagi suka baju muslimah yang labuh sedikit daripada biasa, kerana saya berasa sangat selesa dan selamat.

Tapi lama2 saya bimbang kerana diri diuji dengan suasana yang bermacam2.. adakh jawapan saya itu tadi kan terus kekal sama kekal dengan kemahuan hati saya..

Selama 11 bulan saya melalui fasa kehidupan baru ini, Jujur dihati saya.. saya lihat banyak perubahan yang sudah berlaku kepada saya, mungkin sukar untuk di cerita.. tapi saya perlu mengakui saya lupa saya sebenrnya siapa.. saya lupa tugas sebenar saya. saya lupa peranan saya.. saya lupa tanggungjawab saya siapa..

Jadi, saya mohon kepada sesiapa yang masih lagi setia membaca blog saya ini, dan sedar kan perubahan saya, mohon sedia membantu saya, supaya saya tidak terus leka dn lalai dengn DUNIA saya sendiri..