18.4.12

Lama-lama nanti petik jari jer....

Saya betul-betul tertekan.. rasa mahu menangis sebaik keluar dari bilik meeting tadi..
Badan penat. Kepala sakit.. Hati panas.. Perut lapar.. Terasa sesak dada ni.. Apa yang saya pikir sekarang
1)mahu resign
2) Guna semua cuti tahunan yang ada, dan tinggalkan beban yang ada di bahu dn kepala.
Tapi... kedua2 tindakan ini x kan menyelesaikan masalah yang ada. Kenapa? Sebab.. first, kalau saya resign pun, saya akan tetap jumpa benda yang sama di tempat kerja baru.. melainkan kalau saya duduk rumah goyang kaki sahaja. Second, kalau saya ambil cuti sekalipun, bila saya datang semula kerja, lagi masalah bertambah banyak dan bertimbun di atas meja.. sekarang pun dah serabut..
Jadinya.. keputusan saya.. terima jelah hari-hari keadaan begini.. HADAPI MASALAH DAN SELESAIKANNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN.. insya Allah... Allah is always by your side..

"lama-lama nanti petik jari jer" . ayat emas ini saya dengar dari SUPERIOR saya sewaktu saya menyertai Jawatankuasa Kolej Mahasiswa di UTM pada tahun 2008. Sewaktu itu saya masih lagi pelajar tahun satu dan sudah di beri jawatan Bendahari dlm organisasi sebesar itu. Organisasi ini boleh dikatakan running 10 hingga 15 program dalam setiap sesi. Dan saya seperti budak hingusan sewaktu itu, terasa sesak dada apabila terpaksa hari-hari menghadiri meeting sehingga lewat malam untuk memastikan setiap program dan kebajikan kolej berjalan lancar. Dan sewaktu saya menghadiri kem pemantapan bagi organisasi ini yang di handle oleh SUPERIOR.. antara ayat yang tak pernah saya lupa ialah.. " Kamu ini, first time running program ,then pegang jwtn jd pengarah, meeting nak handle lagi, pastu nak pikir kuliah, assingment, exam lagi, silap hari bulan pointer boleh jatuh.. memang masa tu pikir dunia nak terbalik dah.. tapi, jika kamu hadapi perlhan2, dan belajar time managment.. dan hadapi berkali2.. selepas tu kamu akan jdi tegar dah.. bagi lah banyak mana program sekalipun pun nak handle.. lama-lama kamu rasa macam petik jari jer ..

Dalam masa tiga minggu ni.. hampir setiap hari saya mengadu pada semua orang termasuk budak nepal-nepal yang ada di tempat kerja bahawa saya sudah penat, kepala sudah sakit. dan hampir setiap hari mereka dan nepal-nepal ni juga menegur saya.."ayoo aini, hari-hari pergi meeting, meeting apa?minta gaji naik ka?' dan ada juga ckp.. " habislah kau, tinggal tulang je naik turun departmant, pusing kilang, keluar masuk ofis. berkejar sana-sini.. sambil menambah.."aku takut aini ni nangis je kak " dan ada juga hairan.. " apa pasal you OT.. tak mahu blik rumah ka.. kerja sampai mati pun tak habis lah.. duit banyak pun apa mau buat" .. panas juga hati saya ni bila si Nepal tu cakap macam tu.. dalam hati sempat saya balas .. bising jer budak ni.. bukan dia tahu kerja aku bertimbun nih..

Lama-lama kakak di tempat kerja saya pun berkata "Dugaan buat kamu lah aini, kamu replace tempat orang, tapi makin banyak masalah datang. Xpelah dik.. kita belajar.. nanti kamu akan biasa. lama-lama nanti kamu petik jari jer nak handle".

huh. ada sedikit ketenangan dalam hati saya dengar kata kakak itu tadi..
walau sekarang saya rasa tak cukup tangan nk buat kerja, x cukup kaki untuk berlari kesana kemari, x cukup space otak nak fikir dan x cukup ruang hati untuk sabar, tapi saya berharap lama-lama akan timbul di hati saya, "Alhamdulillah, ini senang je ni.. macam petik jari jer" amin.. mudah-mudahan..ini semua kerja Allah s.w.t untuk memudahkan setiap urusan hambNya..

2 ulasan:

  1. Salam..ya sohabati, byk2 bersabar ye. Semoga Allah mudahkan urusan awak & bg awak ganjaran yg lebih baik, setimpal dgn usaha awk.

    Anggaplah semua beban dan kerja bertimbun2 tu bukan dari majikan awak semata2 tapi hakikatnya dari Allah juga, untuk menguji keikhlasan awak, kesungguhan awak. Semoga awak kuat ye syg.

    BalasPadam
  2. salam..bnyk kerja rpany kwn ratna ni..betol ap yg mira tulis..biarpon kat mn kt berada,kt akan menghadapi perkara yg sama..sama la..ratna kat sini pon rasa ap yg mira rasa tu..cuma,nak memudah kan kt bekerja dgn "petik jari"..just grab d challenges..i noe u can do better..
    jgn rasa bersedih hati..sbb apa yang mira lalui sekarang dah bg pengalaman yg besar tuk mira..bak kata orng,pengalaman kan mematang kan diri..
    semoga Allah permudahkan segala usahamu sahabat ku =)

    BalasPadam