31.3.12

Mencari Sesuatu Yang Lebih Baik

Tanya pd sesiapa saja, pasti semua orang mahu yang terbaik dalam hidup. Begitu juga dengan saya.

Seorang rakan kerja berbangsa Cina memberitahu kepada saya, bahawa seorang ustaz telah berkata kepadanya bahawa jika sesorang itu lebih buruk daripada semalam dia tergolong dlm klangan org yg celaka, jika hr ini sama seperti semalam , dia tergolong dlm kalangan org yg rugi dan jika hri ini lebih baik daripada semalam, dia adalah org yang beruntung. Nasihat ini selalu sy dengar, tetapi saya selalu lupa. Dan bila rakan Cina ini memberitahu saya semula, hati saya mula tersentap . Kerana apa, saya mula sedar, selama ini saya lalai. Saya lalai dan lupa untuk menjadi orng yang lebih baik daripada semalam. Dan perit nye hati saya memikirkan jika selama ini saya tergolong dalam kalangan orng yang rugi. Malah takut sekali sy tergolong dlm kalangan orang yang celaka.

"kenapa miss aini, pakai baju besar-besar, long-long shirt punya, ini t-shirt mcm saya u tak suka pakai ka?.." tanya salah seorang pekerja Nepal kepada saya sewaktu saya mula2 kerja dimana saya kerja sekarang.. Saya tersenyum dan menjawab, bahawa bukan saya tak suka pakai baju t-shirt biasa yang kita lihat sekarang, malah saya lagi suka baju muslimah yang labuh sedikit daripada biasa, kerana saya berasa sangat selesa dan selamat.

Tapi lama2 saya bimbang kerana diri diuji dengan suasana yang bermacam2.. adakh jawapan saya itu tadi kan terus kekal sama kekal dengan kemahuan hati saya..

Selama 11 bulan saya melalui fasa kehidupan baru ini, Jujur dihati saya.. saya lihat banyak perubahan yang sudah berlaku kepada saya, mungkin sukar untuk di cerita.. tapi saya perlu mengakui saya lupa saya sebenrnya siapa.. saya lupa tugas sebenar saya. saya lupa peranan saya.. saya lupa tanggungjawab saya siapa..

Jadi, saya mohon kepada sesiapa yang masih lagi setia membaca blog saya ini, dan sedar kan perubahan saya, mohon sedia membantu saya, supaya saya tidak terus leka dn lalai dengn DUNIA saya sendiri..

7.12.11

6 bulan

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah, masih bernyawa lagi blog saya ni.. Ternyata hampir 6 bulan saya tidak memberi nafas baru kepada blog ini.Hehe.. sebab apa ya? Sibuk? ya..itulh jawapn yang paling tepat sekli.. tapi dulu kenapa ada masa..? Jawapannya dulu saya masih belajar.. dan masa itu ada untuk memberi khabar berita.. Tapi sekarang saya buat apa pulak? Hehe.. sekarang saya mencari rezeki untuk menampung sisa2 hidup..setengah hri saya buat tugasan harian. balik pula badan sudah penat.. jadi masa itu terhad.. Baru lah kini saya tahu.. tahu apa? Yela, dalam masa enam bulan yang saya tidak menyentuh lmn blog inilah saya belajar erti kehidupan.. Kehidupan apa yang saya belajar?

Pertama, saya belajar erti perpisahan.. dulu masa saya masih di universiti, ramai sahabat saya yang umur sama dgn saya berkongsi cerit suka duka.. Hari2 saya di temani dan dikelilingi teman utk bercerita.. tapi kini saya lalui hari2 seorang diri.. menangani masalah sendiri, pergi kerja sendiri.. Dulu semua sama2.. makan sama2, pergi shopping sama2, pergi kelas sama2.. semuanya bertemanlah.. Kedua, saya belajar menghargai masa, saya tidk boleh cuti sesuka hati macam mana waktu saya belajar dulu..boleh tidur bila kelas cancel, boleh pegi makan kt cafe bila lecturer tak masuk.. sekarng bos ada ke takde , kerja tetap jalan, xda tidur, xda makan.... cuti only saturday and sunday.. no more cuti sem berbulan-bulan..hmmmmm...

Ketiga, saya belajar apa itu keberktan, rezeki yng saya dapat perlu dibahagikan.. dulu mak abah yang memberi saya duit, tapi sekrang masa saya utnuk beri mak abah dari rezeki yng saya dapat. baru saya tahu kini betapa susahnya mencari sekeping nota yang berharga(duit lah..).. malah betapa susah nak mencari keberkatan dalm rezeki tu.. kadang2 banyak bork2 dari kerja sampai lupa banyk tugas tk diselesaikn.. takda siapa pun mahu tegur.. sendiri mahu ingat lah.. sendiri punya rezeki.. sebab tulh kadang2 rasa hidup serb xkena.. Dulu masa belajar lain, selalu kawan nsihtkn.. Macam2.. Ini xbaik , itu xbaik.. Sekarang? hmmm

Keempat, saya belajar berfalsafah.. hehe..bukan falsafah apa.. cuma nye apa yang saya sudah tahu sekarang, ini lh realiti kehidupan, saya xpernah terfikir dulu keadaan saya begini, dan saya xdapat menjangkakn masa akan datang,..Dulu masa belajar, hari2 kehidupan hampir sama, pergi ke kelas, menghadap buku, exam.. tapi kini cukup berbeza, manusia yang saya jumpa jauh bezanya.. suasana dan persekitaran inilh membuat saya lebih berfikir dn berfikir.. Dulu saya merancang sesuatu selepas tamat belajar. tetapi apa yang saya lalui jauh dari perancangan saya.. jadi mungkin Allah merancang sesuatu untuk saya..

walaubagaimanapun, saya perlu bersedia.. bersedia untuk apa ni? hehe.. bersedia untuk REDHA.. sebab saya xtahu ap lagi yang saya lalui lepas ni.. jadinyer, untuk 6 bulan ni, saya bercerita setakat ni,.. InsyaAllah, xtahu lah bila saya kan memberi kabar berita lagi...wallahua'lam

20.7.11

Sendiri

Mata memandang satu persatu susunan buku di rak meja.. dalam menyulusuri cuti yang panjang yang mana dia tidak tahu bila akan berakhirnya, boleh dikira berapa helai mukasurat daripada buku itu dia membacanya.. Hati mula mengeluh.. Kenapa diri ini dan hati ini punya perasaan malas untuk menghabiskannya.. Dia mungkir janji dengan diri sendiri. Ketika dia dihujani bermacam tugasan sewaktu belajar dulu, hati sempat berbisik pada diri, berjanji, masa cuti yang panjang ini akan digunakan untuk menghabiskan dan menyelongkar segala ilmu yang ada dalam buku itu..

Tapi..
Ternyata sekarang, dia tewas.. apa lagi alasan yang mahu dia tegakkan..
Perasaan mula bergelora.. sedang berlawan dengan kata-kata Sang Hitam dan Sang Putih.
Mana sifat istiqamahmu..wahai Manusia..
Sekarang dirimu sendiri.. Bukan seperti hari mu yang dulu, ada sahaja suara Mujahidah yang sentiasa mengegarkan hatimu dengan azab dan peringatan dari Allah ke hujung telingamu..

Dan sekarang lihat diri mu di cermin.. SENDIRI..
Hanya bisik hatimu yang paling dekat yang boleh menasihatimu..
membentuk dirimu menjadi seorang yang istiqamah di jalan Allah..
Dulu dia fikir , air sungai di hujung yang jauh itu sama tenang dengan tempat dirimu berdiri.. tapi. ianya jauh lebih dalam, mempunyai lebih banyak perkara yang dirimu tidak tahu apa didalamnya..




Walaubagaimanapun, Bersyukur kerana Allah masih mendetikkan hatinya untuk berfikir tentang kelemahan diri..
Masih ada waktu untuk memperbaiki diri..
Memperbaiki diri apabila keseorangan ..
Keseorang berdepan dengan Sang Hitam, tanpa ada Mujahidah-mujahidan lain yang mengenggam tangan memberi kekuatan...
Namun dirimu perlu tahu kekuatan itu datang dari Tuhan..
iaitu Allah s.w.t, yang sebenarnya dirimu boleh perolehi walau hanya seorang diri..
berdoa lah.. mohon diberi kekuatan..kerana doa itu senjata bagi orang yang beriman..
~Wallahu'alam~

23.3.11

Mencari Hikmah Dan Kekuatan

Allah menciptakan manusia dengan pelbagai bentuk keadaan dan rupa. Juga keadaan senang dan kesusahan yang dihadapi oleh manusia juga itu berbeza. Setiap kali kesusahan yang diterima, bandingkanlah diri kita dengan orang lain.Dan saya pasti, kita akan menangis apabila pada waktu itu, kita sedar ada orang yang lebih susah dari kita, walaupun kita sudah menangis terlebih dahulu mengenang nasib diri. Kita akan berfikir, mengapa diriku menghadapi ujian sebegini. Padahal diri kita yang sebenarnya kurang sabar dengan sedikit ujian yang Allah berikan.

Kaki lemah. Hati hancur. Perasaan kecewa setiap kali masalah yang datang bertalu. Seolah-olah orang lain tidak faham dengan keadaan kita kerana terus memberi tekanan , seolah-olah mereka tidak ada perasaan. Padahal merekan bukan sebegitu. Kerana pada hal yang sebenarnya, diri kita akan mudah berburuk sangka apabila, hati dan akal penuh dengan emosi dan fikiran yang bercelaru.

Ibarat kita mencurahkan air hitam ke dalam sungai yang jernih, air hitam itu lama-lama kan pergi mengalir laju terus. Dan air yang jernih itu akan terus mengalir dan mengalir. Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan . Kerana dugaan itu datangnya dari Dia. Dan Dia juga lah akan menghilangkan. Cuma berbalik pada kita bagaimana kita mencari penyelesaiannya.

.............................

Doa....

“Aku sudah penat berdoa. Tapi tak juga Allah makbulkan. Aku tak percaya pada pertolongan Allah. Allah tak adil. “ Nauzubillah. Sering kita lihat orang yang tidak berakidah bercakap sebegini. Mereka berputus asa daripada pertolongan dari Allah.

“...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu: dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak mengatahui.”
(surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Setiap apa permasalahan yang berlaku, cari lah ketenangan dengan mencari setiap hikmah dari ujian tersebut. Pasti dirimu akan menangis melihat kekerdilan diri.

Dan petikan blog seseorang yang saya ambil, telah mengubat hati saya..

“...Apabila Allah telah menyintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata:wahai tuhanku, sampaikan hajat hambaMu itu. Allah menjawab: usah campuri urusan hambaKu itu. sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata: wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu. Tidak kamu seru melainkan sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu....”

(sabda Rasulullah saw)

Allah Maha Penyayang, Maha Mengingati dan Maha Mengasihani setiap hambaNya. Sepertimana sayang dan kasihnya kita kepada seseorang sehingga menimbulka rindu untuk berhubung dan bermesra dengannya, begitulah halnya juga dengan Allah.
Allah menyeru dan memaggil kita untuk menghampiriNya dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan, supaya dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan,supaya dengan itu kita akan kembali kepadaNya untuk berdoa, mengadu dan meluahkan masalah hidup kita.

Allahlah yang menurunkan bala bencana dan Allah jugalah yang mengangkat bala bencana itu daripada kita.
Apabila kita lupa padaNya, Allah pun menurunkan bala tersebut adan apabila kita mengingatinya, Allah akan mengangkat dan menukar bala itu menjadi suatu rahmat untuk kita.

Begitu sayang Allah pada kita. Kerana sering memberi peringatan kepada kita tidak kira dengan cara turunkan ujian atau kegembiraan. Cuma kita yang tidak tahu menilainya. Nasihat buat diri, berbaik sangkalah apa yang Allah sudah aturkan pada mu. Kita milik Allah selamanya. Allah berhak menentukan setiap apa yang terbaik buat ciptaanNya. Semoga Allah memberkahi perjalanan hidup kita. Aminnn..

23.2.11

Perancangan Hidup Kamu?

Petang itu lama saya beteleku di sejadah.. Memikirkan kata seorang pak cik yang baru saya ketemui semalam.. kata beliau 'Saya kerja untuk hidup' bukan 'Hidup untuk kerja'.. melihat keadaan diri saya, saya memikir dimana diri saya untuk saya letakkan di antara dua kata pakcik itu. Terbayang kata ibu saya sewaktu pulang ke kampung. ' Zaman sekarang orang berkejar mencari wang untuk hidup, kadang2 tiada masa nak pulang ke kampung, ada saja alasan yang di berikan,,sibuk sana itu sini.. masa nak telefon mak abah kat kampung pun pikir banyak kali.. janganlah kita orang tua ni nanti dihantarnya ke rumah orang-orang tua sebab tiada masa nak jaga'... Nauzubillah.. minta di jauhkan.. Bisa betul nasihat ibu saya.. dan memang selaunya begitu.. Setiap nasihat nya dari saya kecil hingga kini tidak pernah tidak menyusuk hati saya.. Banyak betul kisah pengalaman hidup nya yang saya jadikan diari sebagai panduan..

Saya akui zaman kini.. banyak orang berlumba-lumba.. tak tahu lumbakan apa.. Tapi yang saya nampak berlumba hidup senang.. Terlintas lagi kata pakcik yang saya ketemui.. " Kita ini datang dari zero.. pergi pun zero.. tak bawa apa2.. melainkan amal.. sebab amal pun tiada harga.. " " Hidup lah secara sederhana.. apa jua pun sederhana.. biar tinggi nilai jiwa, budi bahasa, setiap pekerjaan itu niatlah membantu orang lain.. " .. tambahnya lagi.." Apabila awak bertemu dengan orang yang meminta sedekah, kadang2 kita pikir.. "Eleh orang ini, badan dah sempurana. Kaki tangan semua ada.. tapi minta sedekah pula, malas betul dia nak kerja" kata pakcik itu.." Jangan sesekali kamu pikir begitu.. hulur saja wang kepada dia.. mungkin yang meminta itu bukan manusia, tapi Allah datngkan ujian.. jika kamu gagal dan berburuk sangka, bererti kamu gagal dalam ujian Allah..walhal jika peminta sedekah itu manusia pun, dan dia menipu, itu antara urusan dia dengan Allah..kita sudah lakukan tanggungjawab kita ingin bantu dia.."

"Pikir, rancang dan bayangkan apa yang kamu nak dalam hidup kamu, insyaAllah Allah makbulkan.." jangan membazirkan masa hidup kamu dengan melakukan sesuatu yang kamu tidak minati.. umur kita singkat dan hidup kita sementara.. lakukan sesuatu yang kamu sukai secara bersungguh2.. sebagai contoh kamu ambil jurusan yang lansung kamu tidak minati dan berpulun belajar dengan hati yang tidak ikhlas.. hari2 kamu merungut.. nah..kamu pikir apa yang kamu dapat dan dalam masa bertahun2 kamu menghabiskannya dengan perasaan tidak ikhlas.." "Jadi pikir baik2 apa yang kamu ingikan dalam hidup kamu" "Cari keberkatan dengan setiap apa yang kamu kerjakan dengan perasaan ikhlas" "Saya berkerja ini kerana saya sudah pikir apa yang saya inginkan"" Dulu saya kerja makan gaji dan kemudian saya berhenti kerana ia tidak serasi dengan saya, dan apa yang saya lakukan sekarang adalah apa yang saya inginkan dan apa yang saya minati" " dan Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya" " kerana niat saya satu, saya berkerja kerana Allah, untuk bantu orang lain dan inilah pekerjaan saya yang saya jadikan pembekal selepas saya mati nanti"
" Hidup dan kerja secara sederhana tapi penuh barakah.. jangan terlalu kaya, bimbang makin sukar nak hulurkan bantuan dan wang kepada orang lain.. "

" dan apabila kamu kerja, sesusah manapun diri kamu sewaktu itu, jangan lupa hulurkan pada orang tua mu walaupun hanya RM10.. kerena itu nilai titik tolak barakah nya hidup kamu.. "" kamu lihat sekarang orang hidup kaya raya , pagar rumah membangun tinggi, tapi ada saja tidak kena dengan hidup dia" " puncanya basic hidup dia tidak betul. kadang2 empat lima bulan baru beri wang pada ibu bapa.. alasan nya duit tidak cukup nak dihulurkan setiap bulan" "Nah, Allah sudah tarik nikmat kekayaan dia sebenarnya.. sebab konsep silaturrahim dan tanggungjawab dia tidak betul""dia pikir antara dia dengan ibubapa tiada tanggungjawab, tapi dia salah"

" Jadinya kamu.. lepas ini kamu kerja.. pikir baik2 apa yang pakcik kata.." " Saya tidak baik untuk menasihati kamu, tapi kita sama2 jadi yang terbaik.."

huh..saya sudah tersedar saya masih lagi belum lulus dalam merancang hidup.. dan mungkin selepas ini saya perlu bertindak.. "Merancang hidup yang penuh barakah" sama2 kita doakan..amin

2.2.11

Jangan Berhenti Berharap



Janganlah berhenti berharap wahai manusia..
Sesudah dirimu melihat keadaan dunia...

Janganlah berhenti berharapa wahai saudara...
Setelah melihat anak saudaramu terseksa..

Janganlah berhenti berharap wahai umat Nabi Muhammad...
Yakinlah pada hari ini, bukti nyawa dunia hampir ke garisan penamat..

Yakinlah, sahabat-sahabat ku..teman-temanku..ISLAM akan mengambil tempat..
Cuma kita...diri kita adakah sempat....
Bertaubat???