23.2.11

Perancangan Hidup Kamu?

Petang itu lama saya beteleku di sejadah.. Memikirkan kata seorang pak cik yang baru saya ketemui semalam.. kata beliau 'Saya kerja untuk hidup' bukan 'Hidup untuk kerja'.. melihat keadaan diri saya, saya memikir dimana diri saya untuk saya letakkan di antara dua kata pakcik itu. Terbayang kata ibu saya sewaktu pulang ke kampung. ' Zaman sekarang orang berkejar mencari wang untuk hidup, kadang2 tiada masa nak pulang ke kampung, ada saja alasan yang di berikan,,sibuk sana itu sini.. masa nak telefon mak abah kat kampung pun pikir banyak kali.. janganlah kita orang tua ni nanti dihantarnya ke rumah orang-orang tua sebab tiada masa nak jaga'... Nauzubillah.. minta di jauhkan.. Bisa betul nasihat ibu saya.. dan memang selaunya begitu.. Setiap nasihat nya dari saya kecil hingga kini tidak pernah tidak menyusuk hati saya.. Banyak betul kisah pengalaman hidup nya yang saya jadikan diari sebagai panduan..

Saya akui zaman kini.. banyak orang berlumba-lumba.. tak tahu lumbakan apa.. Tapi yang saya nampak berlumba hidup senang.. Terlintas lagi kata pakcik yang saya ketemui.. " Kita ini datang dari zero.. pergi pun zero.. tak bawa apa2.. melainkan amal.. sebab amal pun tiada harga.. " " Hidup lah secara sederhana.. apa jua pun sederhana.. biar tinggi nilai jiwa, budi bahasa, setiap pekerjaan itu niatlah membantu orang lain.. " .. tambahnya lagi.." Apabila awak bertemu dengan orang yang meminta sedekah, kadang2 kita pikir.. "Eleh orang ini, badan dah sempurana. Kaki tangan semua ada.. tapi minta sedekah pula, malas betul dia nak kerja" kata pakcik itu.." Jangan sesekali kamu pikir begitu.. hulur saja wang kepada dia.. mungkin yang meminta itu bukan manusia, tapi Allah datngkan ujian.. jika kamu gagal dan berburuk sangka, bererti kamu gagal dalam ujian Allah..walhal jika peminta sedekah itu manusia pun, dan dia menipu, itu antara urusan dia dengan Allah..kita sudah lakukan tanggungjawab kita ingin bantu dia.."

"Pikir, rancang dan bayangkan apa yang kamu nak dalam hidup kamu, insyaAllah Allah makbulkan.." jangan membazirkan masa hidup kamu dengan melakukan sesuatu yang kamu tidak minati.. umur kita singkat dan hidup kita sementara.. lakukan sesuatu yang kamu sukai secara bersungguh2.. sebagai contoh kamu ambil jurusan yang lansung kamu tidak minati dan berpulun belajar dengan hati yang tidak ikhlas.. hari2 kamu merungut.. nah..kamu pikir apa yang kamu dapat dan dalam masa bertahun2 kamu menghabiskannya dengan perasaan tidak ikhlas.." "Jadi pikir baik2 apa yang kamu ingikan dalam hidup kamu" "Cari keberkatan dengan setiap apa yang kamu kerjakan dengan perasaan ikhlas" "Saya berkerja ini kerana saya sudah pikir apa yang saya inginkan"" Dulu saya kerja makan gaji dan kemudian saya berhenti kerana ia tidak serasi dengan saya, dan apa yang saya lakukan sekarang adalah apa yang saya inginkan dan apa yang saya minati" " dan Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya" " kerana niat saya satu, saya berkerja kerana Allah, untuk bantu orang lain dan inilah pekerjaan saya yang saya jadikan pembekal selepas saya mati nanti"
" Hidup dan kerja secara sederhana tapi penuh barakah.. jangan terlalu kaya, bimbang makin sukar nak hulurkan bantuan dan wang kepada orang lain.. "

" dan apabila kamu kerja, sesusah manapun diri kamu sewaktu itu, jangan lupa hulurkan pada orang tua mu walaupun hanya RM10.. kerena itu nilai titik tolak barakah nya hidup kamu.. "" kamu lihat sekarang orang hidup kaya raya , pagar rumah membangun tinggi, tapi ada saja tidak kena dengan hidup dia" " puncanya basic hidup dia tidak betul. kadang2 empat lima bulan baru beri wang pada ibu bapa.. alasan nya duit tidak cukup nak dihulurkan setiap bulan" "Nah, Allah sudah tarik nikmat kekayaan dia sebenarnya.. sebab konsep silaturrahim dan tanggungjawab dia tidak betul""dia pikir antara dia dengan ibubapa tiada tanggungjawab, tapi dia salah"

" Jadinya kamu.. lepas ini kamu kerja.. pikir baik2 apa yang pakcik kata.." " Saya tidak baik untuk menasihati kamu, tapi kita sama2 jadi yang terbaik.."

huh..saya sudah tersedar saya masih lagi belum lulus dalam merancang hidup.. dan mungkin selepas ini saya perlu bertindak.. "Merancang hidup yang penuh barakah" sama2 kita doakan..amin

2.2.11

Jangan Berhenti Berharap



Janganlah berhenti berharap wahai manusia..
Sesudah dirimu melihat keadaan dunia...

Janganlah berhenti berharapa wahai saudara...
Setelah melihat anak saudaramu terseksa..

Janganlah berhenti berharap wahai umat Nabi Muhammad...
Yakinlah pada hari ini, bukti nyawa dunia hampir ke garisan penamat..

Yakinlah, sahabat-sahabat ku..teman-temanku..ISLAM akan mengambil tempat..
Cuma kita...diri kita adakah sempat....
Bertaubat???

25.1.11

Bila Rindu Ini Akan Terubat?

"Tetapi tidak bagi Allah SWT. Apa pun yang dikehendaki-Nya, kun fayakun, jadi maka jadilah. Bila membaca artikel sebelumnya, dengan bergelut dalam keterbatasan, pada akhirnya Ayah berhasil menyekolahkan anak-anaknya. Rupanya Allah SWT memberi jalan melalui anak-anaknya."
"Berani bermimpi tentu sah-sah saja. Keyakinan dan kehebatan do’a ternyata menghantarkan Ayah dan Ibu bisa mewujudkan mimpinya. Banyak cara menjadi jalan bagi orang sampai ke Tanah Suci."
"Mungkin banyak di antara tetangganya hampir tidak percaya, tapi bagi Alloh SWT sesuatu serba mungkin."

Tersentuh hati saya membaca artikel ini..Indah dan berutung nya dia. Dijemput menjadi tetamu Allah dalam keadan jalan yang tidak disangka-sangka.


Impian saya.....
Dan juga mungkin impian bagi semua..

Tidak dapat saya gambarkan betapa lebar senyuman saya dan berbunga nya hati saya..
Jika saya berjaya meletakkan kaki saya di tanah barakah yang saya rindui ini..

Mari lihat jika kita sudah cukup syarat..
http://www.tabunghaji.gov.my


atau hati kita terubat jika salah satunya matching dengan kita..

Semak jadual....
http://www.umrah-ziarah.com



Alangkah indahnya jika saya berjaya meletakkan nama saya disalah satu link di atas..
Ya Allah..makbulkan permintaan saya..

Masjidil Haram





Masjid Nabawi






Pintu Ka'bah








Insya Allah inilah kunci untuk kesana:
* Banyakkan ilmu mengenainya. Pertama-tama, baca buku-buku tentang umrah dan haji atau boleh baca artikel2 di mitra-haji.com . Kedua, tanya orang-orang yang sudah pernah kesana (bagi pengalaman). Ketiga, minta brosur dan keterangan di biro perjalanan haji dan instansi berkait. Keempat, ikuti manasik Haji atau Umrah
* Simpan wang. Pertama buka akaun khusus untuk Umrah dan Haji. Kedua, rutinkan menabung setiap bulan.
* Banyakkan Pahala. tahukah Anda Hadits Nabi SAW berikut ini, : “Barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjama’ah (di masjid) lalu ia duduk sambil berdzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka’at (Solat Isyraq), maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Beliau pun bersabda, “Pahala yang Sempurna, Sempurna dan Sempurna.” (HR. Tirmidzi no. 586) ; sudahkan kita mencuba mengamalkan hadits ini ? ( Gratis lho! )
* Minta doa kepada Orang tua dan juga isteri (pasangan Anda) untuk bersama2 mendoakan Anda
* Jangan lupa juga untuk banyak bersedekah, melakukan solat sunnah (Dhuha, Tahajud) dan amal sunnah yg lain
* Selanjutnya, biarlah Allah Yang Maha Kuasa yg mencukupkan. Bukankah Allah yang menyuruh kita mengerjakan Umrah dan Haji ? Maka Pasti Allah akan mencukupkan. Dengan izin-Nya, niscaya Anda akan menginjakkan kaki di Tanah Suci dalam waktu dekat.


Sama-sama kita berdoa..dan sama-sama kita bermimpi..
Kerana dengan mimpi kita , Allah boleh kan ia jadi kenyataan..
Amin....

11.1.11

Rindu buat Siti Khadijah

“…Demi Allah, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia yang beriman kepadaku ketika semua ingkar. Dia mempercayaiku ketika semua orang mendustakanku. Dia yang memberiku harta pada saat orang enggan memberi. Dan darinya aku memperoleh keturunan-sesuatu yang tidak kuperoleh dari isteri-isteriku yang lain” (HR Ahmad)

................

Dia Siti Khadijah…..
Menerima arahan sebagai peneman hidup Rasulullah,
Di hatinya Allah timbulkan tekad sentiasa membela,
Akal yang cerdas dan akhlak yang mulia,
Mengapa Khadijah ditakdirkan untuk mengelola sendiri urusan-urusan perdagangan
Kerana dengan hal itu dia belajar untuk bersabar
Allah menghormati Khadijah
Berkata lah Jibril , disampaikan salam dari Allah dan dari malaikat buatnya
“ Allahlah pemelihara kedamaian dan sumber segala damai.
Salamku untuk Jibril” Jawapan Khadijah
Wanita utama di muka bumi,
Sebaik-baik wanita
Gelaran Muhammad buat Khadijah,

....................

Muhammad tidak pernah menerima pengingkaran dan pendustaan yang menyakiti hatinya
Kecuali Allah meringankannya melalui Khadijah
Dari keturunan Khadijah , penyebar Islam keseluruh dunia,
Keturunan yang Semerbak,
Berkembang dari generasi ke generasi,
Merekalah anak cucu Khadijah binti Khuwalid dan Muhammad ibnu Abdillah
Dan bila masa itu sampai,
Dan masa-masa itu sungguh berat,
Khadijah juga semakin lemah,
Begitu juga kecantikannya,
Namun ada yang tinggal,
Kekuatan spiritual dan kejernihan cinta,
Tiada terubah,
Selalunya beriman kepada Allah,
Meyakini juga tentang benarnya risalah Muhammad,

......................

Dan Rasulullah bersabda “ Aku diperintahkan untuk memberi khabar gembira kepada Khadijah bahawa akan dibangunkan untuknya di syurga sebuah rumah dari permata; tidak ada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana.. "

Hadiah Buat Siti Khadijah

4.1.11

Syair Cinta

Dari hati Abu Thalib ..


Demi Tuhan , tidak akan kubiarkan mereka menyentuhmu
hingga aku terkubur mati
sampaikanlah ajaranmu ! engkau tidak akan dihina
bergembiralah dan jangan bersedih!
Kau bawa sebaik-baik agama
bagi umat manusia,
kalaulah bukan kerana takut di cela atau di hina
niscaya akan kau dapati aku sebagai pemeluknya


Ku lihat kaumku tidak lagi punya cinta
mereka putuskan setiap ikatan dan hubungan
mereka perlihatkan sikap bermusuhan dan cercaan
mereka taati perintah musuh yang tidak mau dimintai
pertanggungjawapan
mereka bersekutu dengan kaum yang membenci kami
kaum yang di belakang kami selalu menggigit jari
maka kudatangkan ke Ka'bah semua keluarga dan saudara
ku hampirkan diriku ke Ka'bah dan kumohon perlindungan
aku berlindung kepada Tuhan manusia dari para pembenci
yang mendatangkan keburukan atau mendesakkan kebatilan
dari setiap musuh yang berusah membuat kami malu
dari setiap keburukan dalam agama yang tidak pernah kami lakukan
Demi Ka'bah ini , di kota Mekah yang suci
dengan nama Allah , Dia yang tidak pernah lalai
demi batu hitam yang mereka usap
dan mereka edari setiap pagi dan petang
setelah ini semua, masihkah ada tempat berlindung?
adakah pelindung yang bertakwa tetapi suka mencela?

.........

Kamu katakan Muhammad pasti kalah
demi Tuhan! kamu berdusta
kami kan membelanya sekuat tenaga
sampai kami tergeletak di sekelilingnya
tidak peduli lagi anak dan keluarga

.........

Kami punya telaga, sumber air yang tidak pernah kering
Kami punya kekuatan dan keperkasaan
Kami punya pemuda-pemuda yang gagah dan berani
laksana pedang yang berkilat dan tajam terasah

..........

Mereka tahu bahawa kami
tidak pernah mendustakan anak kami sendiri
dan tidak pernah peduli pada cakap para pendusta
Muhammad selalu ada di hati kami
dalam keadaan terpuji
musuhnya adalah orang-orang kasar
Dia kucinta dan kujaga dengan sepenuh jiwa
Dia kubela dengan tangan dan dada.


Syair Cinta Abu Thalib mengisahkan cintanya pada Muhammad..
Kasih nya pada Nabi Muhammad begitu tinggi walaupun Abu Thalib tidak memeluk islam..
SubhanAllah..

16.12.10

Dirimu mencintaiku..

Kakak sudah pergi.
Dan kakak tak akan datang lagi..
untuk hari ini, esok dan selamanya..
kakak tak akan datang lagi...

kakak tak akan datang lagi pada diri saya..
membelai jiwa saya dengan cinta kakak..
menasihati saya dengan setiap nafas jiwa murni kakak...
kata kakak...
adik Na perlu senyum..supaya orang yang melihat adik Na pun akan senang dan tenang..Allah suka pada jiwa-jiwa yang tenang..

kakak terlalu sayang pada saya...
saya menangis bila dalam kesusahan...
kakak bisikkan kata-kata indah dari Al-Quran sebagai dorongan buat saya..
membuktikan pada saya, Allah tidak akan biarkan hambanya kesusahan...

kakak juga kasih pada saya..
saya mengeluh dan meratapai kesakitan..
bukti cinta kakak..
kakak hembuskan ayat Syifa' di ubun saya..
kakak usap jiwa saya dengan doa dan tawakal..

kakak juga selalu rindukan saya...
saya tidak pergi jauh...
tetapi kakak sayang pada saya...
meletakkan tawakal dan mati di jalanNya di bahu saya..

Bila kakak tiada...
Saya tidak buntu..kerana cinta kakak ada di jiwa saya...
satu yang kakak pesan pada saya..
"Kakak cinta kan adik Na kerana Allah"
dan sekarang pun kakak tiada...
kerana kakak sudah pulang..
pulang pada pencipta..
dan saya di sini...
berdiri di sini..
mendoakan kakak yang saya cintai juga kerana Ilahi..


hai jiwa-jiwa yang tenang..
setenang apa yang perlu aku kiaskan..
air sungai mengalir juga membisikkan bunyi..
tidak sama seperti jiwa mu...

wahai jiwa-jiwa yang tenang..
aku ingin kekal bersamamu..
bawa aku pergi...
agar aku terus senyum bersamamu..

wahai jiwa-jiwa yang tenang..
aku ingin kau terus tenang..
dengan kalimah suci yang tiada bandingan..

wahai jiwa-jiwa yang tenang..
tunggu aku yang sedang datang..
menghampirimu..
supaya aku dapat memilikimu..
jiwa yang tenang..


amin..
al - fatihah buat jiwa2 yang sudah pergi..

10.12.10

Belajar dari mata hati...

Bila lirik mata melihat satu kedamaian..
Akan ku bisikkan pada diri..
alangkah indahnya satu kehidupan..

Bila lirik mata melihat pertelingkahan..
akan ku bisikkan pada hati...
alangkah indahnya kasih sayang..

Bila lirik mata melihat saat adanya perpisahan..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indahnya satu pertemuan...

Bila lirik mata melihat wujudnya dendam..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indahnya percintaan dan persaudaraan..

Bila lirik mata melihat satu kesengsaraan dan kesusahan..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indahnya satu kenikmatan dan kesenangan...

Bila lirik mata melihat adanya kesedihan..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indahnya kegembiraan..

Bila lirik mata melihat adanya permusuhan..
akan ku bisikkan pada hati...
alangkah indanya sebuah persahabatan...

Bila lirik mata melihat wujudnya kemarahan..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indanhya nikmat kesabaran...

Bila lirik mata melihat wujudnnya tangisan..
akan ku bisik pada hati..
alangkah indahnya sebuah senyuman....

Bila lirik mata melihat sebuah kegagalan..
akan ku bisik pada hati..
alangkah indanya sebuah kejayaan..

Bila lirik hati melihat manusia itu keseorangan..
akan ku bisikkan pada hati..
alangkah indahnya hidup mempunyai teman...

Bila lirik mata melihat anak kecil keriangan..
akan ku bisik kan pada hati..
alangkah indahnya waktu muda yang tidak di siakan..

Dan bila lirik mata berbalik kepada melihat satu penciptaan...
yang menceritakan segala kisah kehidupan..
dengan setiap satunya mempunyai pasangan...
seperti lelaki dan perempuan...
bulan dan bintang...
juga seperti malam dan siang..
pagi dan juga petang....
dan seperti juga IMAN DAN ISLAM...
akan ku bisikkan pada hati...
alangkah indah dan cantiknya peraturan Tuhan...
iaitu Tuhan sekelian alam...
Allah hu rabbi..cinta ku hingga ke akhir hayat dan akhir zaman..