11.1.11

Rindu buat Siti Khadijah

“…Demi Allah, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia yang beriman kepadaku ketika semua ingkar. Dia mempercayaiku ketika semua orang mendustakanku. Dia yang memberiku harta pada saat orang enggan memberi. Dan darinya aku memperoleh keturunan-sesuatu yang tidak kuperoleh dari isteri-isteriku yang lain” (HR Ahmad)

................

Dia Siti Khadijah…..
Menerima arahan sebagai peneman hidup Rasulullah,
Di hatinya Allah timbulkan tekad sentiasa membela,
Akal yang cerdas dan akhlak yang mulia,
Mengapa Khadijah ditakdirkan untuk mengelola sendiri urusan-urusan perdagangan
Kerana dengan hal itu dia belajar untuk bersabar
Allah menghormati Khadijah
Berkata lah Jibril , disampaikan salam dari Allah dan dari malaikat buatnya
“ Allahlah pemelihara kedamaian dan sumber segala damai.
Salamku untuk Jibril” Jawapan Khadijah
Wanita utama di muka bumi,
Sebaik-baik wanita
Gelaran Muhammad buat Khadijah,

....................

Muhammad tidak pernah menerima pengingkaran dan pendustaan yang menyakiti hatinya
Kecuali Allah meringankannya melalui Khadijah
Dari keturunan Khadijah , penyebar Islam keseluruh dunia,
Keturunan yang Semerbak,
Berkembang dari generasi ke generasi,
Merekalah anak cucu Khadijah binti Khuwalid dan Muhammad ibnu Abdillah
Dan bila masa itu sampai,
Dan masa-masa itu sungguh berat,
Khadijah juga semakin lemah,
Begitu juga kecantikannya,
Namun ada yang tinggal,
Kekuatan spiritual dan kejernihan cinta,
Tiada terubah,
Selalunya beriman kepada Allah,
Meyakini juga tentang benarnya risalah Muhammad,

......................

Dan Rasulullah bersabda “ Aku diperintahkan untuk memberi khabar gembira kepada Khadijah bahawa akan dibangunkan untuknya di syurga sebuah rumah dari permata; tidak ada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana.. "

Hadiah Buat Siti Khadijah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan