29.11.10

Secubit kisah dari dia..

Dia melewati hari-hari yang berlalu.. Mengharapkan satu kekuatan dan kesabaran singgah di kamar hati .. Benarkah jalan ini yang ku pilih? Bisik hati selalu menggoyahkan perasaan.. Ungkapan istiqomah selalu dia cuba perteguh dan amalkan dalam setiap saat yang dia lalui... Tahajud , Taubat, Hajat dan Istikhorah cuba dia amalkan.. Hanya dengan satu pengharapan bahawa cinta, sayang, kasih dan segala berkaitan dengan kehidupan di dunia hanya bergantung pada Dia.. Allah ya Rabbi.

Air mata dan kesedihan cuba dia sorokkan .. Bukan hajat akan menangis di hadapan orang lain. Tetapi air mata ini disimpan dan akan luruh ketika dia sendirian.. Meratapi setiap sesalan dan kesalahan yang pernah dia tempuh..

"Ya Rabb.. bagaimana taubatku? dan bagaimana kekuatan dan istiqomah ku.. dalam mempertahankan diri dan nafsu.."

Mengimbau kembali apa yang berlaku sebelum ini..
Janji dan prinsipnya nya pasti .. Tetapi kadang-kadang dia mungkiri.. Lupa dan lalai.. itu selalu dijadikan alasan...

Dan kini dia terfikir..
Siapa kita dan mengapa? Hati dia tertanya.. Mengapa ini selau berlaku berulang kali.. Sukar sekali berterusan meraih cinta Ilahi..

Melihat dan mengimbau setiap inci wajah murni yang dia kenali.. Ibu bapa, guru-guru, sahabat dan teman. Perkiraannya ? Salah dan aib nya dia... nafsu jahatnya selalu mengatasi segala kebaikan dirinya.. Cemburu yang tidak pernah dia ketahui akan kehadirannya.. Apa dia? "Mengapa dia lebih dari diriku..?" dan ini lah yang sering persoalkan dan bertakhta di lubuk bisikan hatinya.. Dia sudah mengerti apa yang menghalang dia dari meraih cinta Ya Rabb..

Tidak BERSYUKUR!!
Ya.. itulah dia.
Kini dia tahu, sedar dan mengenali.. siapa dirinya..
Manusia itu Hina..
'Wahai hatiku... aku mahu membelai mu. Jiwaku..aku mahu mengasihi mu.. dengan cinta yang takkan pernah padam.. Bukan dari cinta Rumi & Julia, Bukan Cinta Laila& Majnun.. tetapi Cinta Hidayah & Taufik..dari Rabbi... itu sahaja yanag ku mahu..
Selamanya...........

Doa Nabi Daud memohon cinta Allah..


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan