20.7.11

Sendiri

Mata memandang satu persatu susunan buku di rak meja.. dalam menyulusuri cuti yang panjang yang mana dia tidak tahu bila akan berakhirnya, boleh dikira berapa helai mukasurat daripada buku itu dia membacanya.. Hati mula mengeluh.. Kenapa diri ini dan hati ini punya perasaan malas untuk menghabiskannya.. Dia mungkir janji dengan diri sendiri. Ketika dia dihujani bermacam tugasan sewaktu belajar dulu, hati sempat berbisik pada diri, berjanji, masa cuti yang panjang ini akan digunakan untuk menghabiskan dan menyelongkar segala ilmu yang ada dalam buku itu..

Tapi..
Ternyata sekarang, dia tewas.. apa lagi alasan yang mahu dia tegakkan..
Perasaan mula bergelora.. sedang berlawan dengan kata-kata Sang Hitam dan Sang Putih.
Mana sifat istiqamahmu..wahai Manusia..
Sekarang dirimu sendiri.. Bukan seperti hari mu yang dulu, ada sahaja suara Mujahidah yang sentiasa mengegarkan hatimu dengan azab dan peringatan dari Allah ke hujung telingamu..

Dan sekarang lihat diri mu di cermin.. SENDIRI..
Hanya bisik hatimu yang paling dekat yang boleh menasihatimu..
membentuk dirimu menjadi seorang yang istiqamah di jalan Allah..
Dulu dia fikir , air sungai di hujung yang jauh itu sama tenang dengan tempat dirimu berdiri.. tapi. ianya jauh lebih dalam, mempunyai lebih banyak perkara yang dirimu tidak tahu apa didalamnya..




Walaubagaimanapun, Bersyukur kerana Allah masih mendetikkan hatinya untuk berfikir tentang kelemahan diri..
Masih ada waktu untuk memperbaiki diri..
Memperbaiki diri apabila keseorangan ..
Keseorang berdepan dengan Sang Hitam, tanpa ada Mujahidah-mujahidan lain yang mengenggam tangan memberi kekuatan...
Namun dirimu perlu tahu kekuatan itu datang dari Tuhan..
iaitu Allah s.w.t, yang sebenarnya dirimu boleh perolehi walau hanya seorang diri..
berdoa lah.. mohon diberi kekuatan..kerana doa itu senjata bagi orang yang beriman..
~Wallahu'alam~